Ahad, 30 Ogos 2015

sejarah silat

Silat Lincah di Malaysia diwakili oleh Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah diasaskan oleh Datuk Haji Omardin bin Mauju dan telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1969. Pertubuhan ini kemudian telah mendapat kelulusan pada Sabtu, 9hb Januari 1971 bersamaan 13 Zulkaedah 1390 H.
Gelanggang pertama Silat Lincah ialah di Kampung Puah, GombakKuala Lumpur, yang bermula dengan hanya 5 orang anak murid pada tahun 1963. Kini, Silat Lincah mempunyai keahlian seramai 840,000 orang dan telah diktiraf sebagai pertubuhan yang mempunyai ahli teramai oleh Malaysia Book of Records.